Friday, March 11, 2005

Interview

Isnin lepas aku bukak e-mail aku..ada satu company jemput aku g interview kat S.Alam..hari tu gaks pkol 10 am..looo...aku br cek email..mana nak tau..so aku abaikan sj email ku itu..tetiba hari ni depa call soh aku g interview sabtu ni..company hapa ntah..aku rasa director dia Indian..coz nama company pun bunyik lain je...tak pe la p je la..cuba nasib..kalo dpt..environment ok..n gaji pun ok..accept je la..kalo tak tunggu offer lain..kat karangkraf ada bukak offer lg..aku nak try lg sekali la..ari tu depa panggil interview aku tak pg..siap amik cuti dah..pah tu mls nak p..rasa cam berat hati jo nak p...ngok btui aku ni..fiance aku pn ckp nape tak pg rugi aje la amik cuti..aku diam je...mls jwb aku..tak konpiden..dia pun tak ckp apa..dia takkan paksa aku nya...oh..my hensem boy..i lebiuu..

Thursday, March 10, 2005

Kenangan bersama resultku!!!

Aku bukak blog citam comel td..baru teringat result SPM adik aku kuar hari ni..aku ingatkan semalam..aku dah call semalam..rupenya ari ni..sat g aku nak call umah. Bila baca entry citam pasal kenangan dia amik result tu..teringat semasa aku dolu2.....Masa zaman aku dulu still kira agregat..pg yg indah itu kengkawan aku dtg la..kami pun berbeskal ke sekolah (zmn ranggi) masatu cikgu..yg g amik result tak sampai lagi..aku pun dok la melepak tepi pondok ngan kengkawan aku..dlm ati Tuhan aje yg tau perasaan aku...takut siot...takut hampakan harapan ayah bonda n guru2 ku..(ayat skema)Aku zmn sekolah bukannya rajin sgt study..biasa nya aku start study pukul 10.30 pm..pkl 11.30 pm aku tido..la...awal2 tu tgok tv dulu..sampaikan ayah aku wat turun tv dr tingkat atas kat bilik aku..letak kat bawah..ahaks!!!

Jeng..jeng..cikgu2 yg g amik result pun balik la..aku dah bedebar gilerrr...dr jauh aku nampak cikgu Wahab(cikgu sejarah yg selalu puji aku...hik..hik - ayat riaks) dah agkt ibu jari...legooo..tp still takut gak..mampukah aku pertahankan result tryer (btui ka spelling..lantak la)or lebih baik or lebih truk?..Pah tu aku di panggil g la ku..muka aku masa tu mmg pucat lesi la..ditoreh mmg tak de darah la...aku pun menatap satu2 subjek yg aku amik..Alhamdullilah la walau tak capai target aku under 10 agregat..at least aku dinobat kan best student sekolah aku..yee haa....tp yg aku cukup terharu..cikgu Geografi..Cikgu Khatijah..mengenggam erat tangan aku..krn berjaya capai cite2 dia...satu2nya student dia yg dpt A1 dlm subjek tu..(subjek tu baru diperkenal kat sekolah aku)maklum la zaman aku..zmn dinosour..Tp aku kuciwa gak..aku tak dpt capai target utk subjek Perdagangan...kesian ngn cikgu Khairudin yg selalu back up aku...aku ni budak aliran akaun..tp subjek akaun aku hampeh gile...masuk matrik pun aku lg tak suka akaun..susah wei..poning pala aku...

opss..terlajak jap..zmn matrik nnt aku cite kendian...pah tu aku pun balik la..tetiba jumpa ayah aku kat tgh jalan..dia tak tanya lg result aku..aku lak wat donno je...kuang ajaq btui...nak bg suspen..sampai umah..aku g tau bonda ku dulu...bondaku senyum je..aku atau disebaliknya ayah n bondaku bersyukur..maklumla aku ni perintis utk adik2 aku nnt...Alhamdullilah adik2 aku nampaknya mengikut jejak..yg kedua tu walau tak masuk u..at least dah abih diploma kat Politek..yg ke 3 tu mmg tak dpt la nak challenge dia..memang terer..now tgh smbg matrik kat UIA PJ..yg ke4 ni aku nak call now...adios!!!!!!!

Wednesday, March 09, 2005

tak de tajuk

Lama gak tak apdet blog ni..tak de cite manarik nak ditulis..melainkan aku dah berjaya mengubah interfece blog aku n letakkan link kengkawan yg aku kenal dan aku tak kenal cuma kenal di alam siber je..kata aku "berkawan biar sejuta"..

Now aku tak busy sgt tu la selalu belayar dlm internet ni..pojek aku tunggu arahan dr opismet yg kat Penang tu, apa nak tambah laie..tunggu client submit le.

Aku now tgh dok cari keje area2 Klang/ Shah Alam paling2 jauh pun PJ ke...coz fiance aku punya rumah disana..disana..dah kawen nnt aku nak berulang dr Gombak ke Klang..jauh mak ai..memula naik komuter, pahtu tukar lak LRT kat KL Sentral..pah tu naik lak feeder bus ke Gombak jauh wooooo..komuter Klang ke KL Sentral dah dkat sejam..train lak ke t.melati dah setengah jam..huuu..huuuu..jauh wei..kena turun pepagi bute..balik memalam bute...siann hubby to be aku..kalo time dia kije malam..alamaknya dia balik aku dah pg keje..aku balik dia lak pg kije...cam ni bile nak jumpa..huwaaaaaaaaaaaaa..sedih2!!!! same je kawin ngan tak..Tu la aku beria2 nak cari keje area sana..korang tak sian ke kat aku..sian la...sian la...

Nak drive kalng ke Gombak pun sejam lebih..penat laie..baik naik tren..dia pun tak kasi aku drive..dia kata aku bawak laju..keh..keh..keh..aku rasa tak pun..Aku takut gak nak drive..maklumla sekang ni kes samseng jln raye...hish seram aku..

Ceh aku bercerita mcm esok lusa je nak kawen..lambat lg la ada kira2 5-6 purnama lagi.....tp kalo aku pindah keje skang aku kena cr rumah sewa baru..tak bestnya..nnt dpt h/mate gila cam kat s.alam hari tu..tak sanggup!!! aku dah best dok sini...cam no ni..fening seh!!!

PUJUK YG RAJUK

Renungan ini sesuai bagi yang mahu dan sudah berumahtangga ..
Renungkannya baik-baik...baca dulu baru fikirkan...Untuk renungan
bersama......

Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya
menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang
sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan.
Adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya.
Namun, merekalah insan yang terhampir teman kembara dalam kehidupan
yang sementara ini. Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

(*) Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga,
tajamkan pendengaran, amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi? Andainya emosi, belailah emosi itu dan jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu serba lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan, sebaiknya perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal? Cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba di mana lambat laun, gelombang akan tenang seterusnya air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas..... kalau ternyata, rajuknya berfakta, masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar “Sayang, abang tak ulang lagi…” katakan. “Sayang....abang alpa…” Bisikkan “Darling… I lupa…” Hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi berhati suci. Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ** ) Arghh...Tiba-tiba isteri merungut…malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut, minta villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya “ Seabadi permata..…segermelapan intan” ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh.…peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama. Kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri dia kan dulu pilihan kita? Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji, dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita, sudah takdir...permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami, wanita adalah dr tulang rusuk yang bengkok yang dekat dengan hati, bukan untuk disakiti hanya untuk disayangi dan dicintai….oleh seorang lelaki.
Dan luruskannya dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras, lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah “Duhai isteriku.…marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
kita, cari harta tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri, istanamu di hati ini, padamu sayang kalung cintamu di jiwa ini."

( *** ) Puuuh.…akan tiba masanya bila isteri di hati tapi kurang di mata usia
meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus,
betis tidak lagi bunting padi, pipi bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu
akan berkurang cinta kita? Jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan body kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat, tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan, tapi Tuhan Maha Penyayang, Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami, tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan, jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh, apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa. Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( **** ) Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan
taufan cemburu. Apa bukti setiamu suami? Apakah tandanya hanya aku di
hatimu? Kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru
menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan
Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan
penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan
peringatan secara 'indirect' dari Tuhan, hadapkanlah diri ke cermin hati kaji
diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah.
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan
senang nak senang. Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua, suami yang
bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau
ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang
dileteri isteri “Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang
membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita, Dia
yang membantu membersihkan rumah kita.…lalu apa salahnya kita bersabar
dengan sedikit kerenahnya?”

( ***** ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. Si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita. Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti : Aku hanya
seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang
termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa
hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa, rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri...tidak
kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat
dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....seorang
isteri.



* AKU HANTO ENTRY NI SESAJE UTK PANDUAN SUME..AKU MMG SUKE BACA AYAT DIA BEST! SAPE PNULIS AKU TAK TAWU