Wednesday, December 01, 2004

Lama tak merapu kat sini

lama gak aku tak masuk blog ni..tak tau nak tulis apa tak de cite menarik la..tak mcm blog junaidix tu ada saje cite dia hari2 ek..hyperactive betullla..kan carneyz kan...
Nak cite sket pasal kasut ku yg dah jd arwah tu..sampai la ni makhluk tu tak minta maaf atau cakap sepatah pun kat aku. Hari tu dia tegur aku suruh cari pasal pengetahuan am dlm internet dia nak g interview..aku kata ok la tak sampai hati nak tolak bila org minta tolong..agaknya tu la kelemahan aku. Tapi aku lupa lak nak carinya dia pun tak tanya apa2.Dia tiu kalau ada kepentingan je baru dia tegur. Sekarang ni dia memencilkan diri dr kita org sume..cam kena pulau padahal tak..dia yg memulaukan kita org berempat. Ntah le..tak paham aku.
Yang sedihnya k.su akan pindah penang lepas ni..huhuhu..pg jauh sorang member aku kat sini...tak de la org nak teman bersembang, g makan or g jalan2 lg....si dia tu jauh la plak. Anne lak busy..keje sampai mlm..pastu kuar lg..hidup aku kat umah tu bakal dilanda kebosanan kembali cam kat t.melati..tp tak seteruk tu la rasanya..still ada anne n k.uda lg kat sini
bye..

Monday, November 29, 2004

Bersangka-sangka - - -jangan tersalah sangka



Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api..