Wednesday, November 24, 2004

Terasa boring nye...

hari ni boring la..sorang2 kat opis..keje sume dah settle..pojek tak masuk lg..mlm td g mkn kat seksyen 11..tukar selera..bosan makan kat sini lauk yg sama je..dah la tak sedap..kedai mamak pun aku dah bosan ...aku bukan suka sangat kari mamak ni..pedas.. seh...
so keje aku hari ni surf internet..baca blog orang..nak update blog sendiri pun dah naik tak tau nak tulis apa..
kepada member aku yg bernama Ama andainya dikau terbaca blog aku ni..sila-silalah komen apa yg patut n bila nak ada blog sendiri lagi..boleh la aku kutuk2 ko
And kepada member aku yg sorang lg..yg rasa kalau tak datang kl jumpa "VIP" tu cam tak lengkap je hidup..hehee..nak datang sini bg tau la ye...tau kan p rumah akak sendiri..so akak tak yah amik kat t.melati lg ye..kalau tak tau gak call n akak p amik gak..karang ada org menangis lagu cak lempong kat sini. Mau banjir satu kl..susah nak p keje.
Adios..nak balik..k.su nak masak mee calung...and aku jd mastermindnya..warghhhh..laparnya..chowwwww!

Tuesday, November 23, 2004

RENUNGKAN DAN FAHAMI


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, dan cuba mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yang akan menyesal.....

aku cut, aku paste n korang baca...

gerammmnye..

aku hangin betul la ngan sorang housemate aku kat umah sekarang ni..ni jenis manusia paling selekeh, pengotor n selamba penah aku jumpa. Dah la jenis yg bersepah..kalau dia balik keje rumah tu mcm kapal pecah penuh dgn barang dia kat ruang tamu..situ baju..sini tudung..sana lak beg..pening kita org tengok..tu tak kisah lg..tp yg pengotor tu tak tahannya..aku nak cite kat sini pun malu..hal org pompuan..tp tak puas hati gak nak kene luah gak..benda yg paling personal bg org pompuan..yg sepatutnya kena jaga betul2 tu dia boleh buat selamba je..biasa la pompuan ni tiap2 bulan ada 'best friend' datang..so 'benda' tu nak kena cuci bersih sblm dicampakkan dlm tong sampah..dia boleh biarkan 'benda' tu dlm toilet..siap ada kesan lagi n yg tak tahannya baunya mengalahkan ikan yg paling busuk di dunia...hiiii nasib baik bukan aku yg jumpa benda tu..masa tu aku dah g offc..yg jumpanya h/mate aku yg sorang lagi..nyaris2 dia nak termuntah masa masuk toilet tu..last2 dia yg bersihkan tolilet tu..siap tabur sabun satu toilet nak kasi hilang bau. hiiii..kalau aku la yg jumpa maunya aku muntah terus kat situ..mengamuk aku jawabnya..tp h/mate aku ni jenis yg tak berani bersuara..dia cakap la kat aku n kat yg sorang lg ketidak puasan hatinya..ye la dia kenal makhluk tu dr awal..aku kan br masuk rumah tu..dia dah tau perangai bersepahnya dr dulu..tp tak sangka pengotornya sampai cam tu..
aku dengar je cite cam tu..hangin leee...jwbnya..aku memang perati dr awal dia ni jenis yg kurang bersih sket...kalau balik keje bau badannya boleh buat org sesak nafas..baik blah awal2 masuk bilik. Apa2 yg dia masak memang aku tk makan la..aku pun tak de la perfect..tp kita still boleh beza lg antara kotor ngan bersih.
malam tu aku cakap ngan ketua rumah kita org (best pren dia) "akak sapa yg tak leh puasa hr ni?" (benda ni masa bln puasa hr tu) saje je aku bg ayat tu..akak tu pun sebutla namanya..aku pun cakap la kakak yg sorang lg tu jumpa something yg tak ingin di sebut dlm toilet tu..pastu kakak yg jumpa bneda tu pun continue la citenya...akak tu senyum je..tp aku tau dia pun tak puas hati gak dgn kwnnya tu.
Agaknya mlm tu dia kena sound ngan kakak tu..coz masa aku nak balik kg hr tu..aku salam ngan dia muka dia semacam je. Gasak la..Dia sebenarnya ok..tp sikap dia tu yg perlu dia ubah...satu hal lg..dia boleh lepas basuh baju dia masukkan baju dia dlm bakul n letak bakul tu atas toilet bowl bg sejat air..ya Rabbi..nak termuntah aku di buatnya..lantak la tu baju dia.
Kalau memask ke apa tak penahnya nak basuh balik periuk/pinggan mangkuk yg dia guna..kadang2 tu sampai 2-3 hr periuk tak berbasuh...aku saje malas basuh..bukan tak boleh..dah dia guna basuhla sendiri bukan budak kecik..dah tua bangka. Kadang2 kakak yg sorang lg tu la tukang basuhnya..kesian dia..nasib baik ada gak yg lembut hati cam tu.
Satu hal lg yg aku cukup2 membuatkan aku hangin satu badan rimau..kasut aku dia bolh pakai..tak kisah la nak pakai..tp kasut tu dah tak rupa kasut..dah la kotor dgn lumpur..tapaknya dah terkopek..nasib baikla kasut tu aku tak sayang sangat coz aku dah puas pakai..tp still boleh pakai..selalunya aku pakai g offc. Hari tu sebelum balik kg..aku masukkan kasut aku dlm rumah susun elok2. Pastu aku balik dr kg lepas raya..aku terkejut tengok keadaan kasut aku tu..kat luar rumah dgn comotnya...aku biar je dulu penat kan baru sampai..esoknya aku balik keje aku tengok kasut tu still mcm tu..tak de kata nak basuh ke..nak susun elok2 ke..nak ckp ngan aku ke..dia pinjam kasut tu..aku geram tengok kasut tu aku terus sepak masuk dlm longkang depan rumah tu..masa tu dia ada dlm rumah..pas tu aku terus masuk bilik..bila dia keluar nak g keje..aku keluar dr bilik aku tengok kasut aku tersusun elok kat tepi dinding dlm rumah tp still kotor n rosak camtu..aku lansung tak sentuh dah kasut tu..kalau dia pakai Carlo Rino aku yg sayang bg tu...mau aku mengamuk satu rumah. Aku tak kisah org nak guna barang aku..tp at least ckp la n jaga barang org tu elok2.
housemates aku yg lain pun terkejut tengok kasut aku cam tu dia org pun tetanya tanya kasut sapa punya teruk cam tu..masa tu aku kat kg lg..dia org balik awal.
Masa tu ketua rumah kita org tak balik lg..mlm tu dia balik..dia tengok keadaan bilik dia coz dia satu bilik ngan dia tu..mengeluh panjang dia..dah la bersepah..gile..bau busuk lak tu..lalu je depan bilik tu pening kita org..kesian kakak tu dah la penat drive dr pantai timur..kena kemas bilik lak. mula2 dia masuk umah ceria je..pastu terus hilang mood..makan pun tak lalu..dengarnya dia sound kawan dia tu..aku pun tak tau la..aku ni org tak kacau hidup aku cukup la..mcm2 org dah aku jumpa kat sini..masalahnya dia bukan calang2 org..ada degree dlm bidang Quran dan Sunnah kalau tak silap aku..tapi memang dlmn bidang agama la..tp..wallahuallam. Tp aku tak de la gaduh ngan dia pasal kasut tu..kita org still bertegur sapa..tp kalau org yg reti bahasa dia akan minta maaf..mak ayah aku dah pesan cukup2 kalau guna barang org jaga lebih dr barang sendiri..coz itu hak org...mungkin kita tak mampu nak menggantinya atau kalau ganti pun tak sama nilainya dgn brg asal..may be brg tu brg tu ada sentimental value bg org tu. Kasut aku tu tak de la sentimental value apa2..aku pun tak de la sampai nak suruh dia ganti..cuma aku nak dengar sepatah perkataan dr mulut dia "akak pakai kasut awak hr tu..soryla br cakap"......rasanya tak de harapan.